kita ni sebagai budak yang nak ambik spm tahun ni.. kena banyak banyak berdoa kann.. bukannya cari pasal atau menambah list haters dalam hidup seseorang tu.
tapi diorang empat ni.. aduhh... susah nak ckp.. sikit pun tak heran dengan spm.
siap nak game pempuan sana.. pempuan sini..
saya tau la korang hot. tapi jangan mainkan hati manusia lain, oke..
perempuan yang sukakan kau ramai.. jadi pergilah...
perempuan yang tergila gila kau jua ramai.. maka pergilah...
perempuan yang menyebut-nyebut nama kau juga ramai.. lalu pergilah...
perempuan yang memuja kau terlalu ramai.. sehingga kau terlupa ada hati yang sudah menyewa hati kau.. sehingga kau terleka bahawa nama kau telah dipuja.. sehingga kau teralpa ada perempuan yang menanti kau menunaikan janji setia kau..
pergi lah kau. jangan diganggu hidup saya dan teman saya.
pergilah kau. jangan disebut lagi nama saya dan teman saya.
pergilah kau. jangan dipohon hati saya dan teman saya.
pergilah... kami sudah meredha kann.....
kami hanya insan biasa yang tak mahu dimain mainkan macam yang kau peralatkan kami..
tinggalkan lah kami...
kau memang hot. kerna itu kau taktau apa itu erti berharga...
kau memang pandai. oleh itu, kau tidak mahu menghargai...
kau memang hebat. sebab itu, kau terlupa telah dihargai...
kami tidak selalu disebut sebut untuk oleh guru guru sekolah macam kau.
kami tidak sentiasa mendapat penghargaan macam yang kau dapat tiap tiap minggu naik ke atas pentas sambil orang keliling memberi tepukan.
kami tidak pernah mendapat gelaran 'pelajar harapan' kerana kami tidak sepandai kau.
kami bukan macam kau yang mendapat pengiktirafan 'anugerah emas perak atau gangsa.
kami sering dipandang hina dan bukan dipandang tinggi.
kami selalu dihina. jauh sekali untuk dipuji..
kami memang tiada apa jika hendak dibandingkan dengan kau berempat.
kau orang memang hebat.
jadi kau tidak tahu perasaan kami yang lemah.
sudah lah. berhenti menjadi pemburu.
kerna pasti ramai yang akan menjadi mangsa.
apa saya pohon sekarang hanyalah
kau menghalalkan segala makanan dan minuman yang telah kau belanja
kau tidak menuntut kembali teddy bear dan jam tangan yang telah kau beli
kau tidak memburuk burukkan nama saya dan rakan saya dibelakang kami
kau akan melupakan kisah kita semua...
saya hanya mampu berdoa kau berempat akan jumpa jalan yang sepatutnya kau jalan.
supaya kau berjaya merubah persepsi saya dan teman saya.
supaya kau tidak menjadi baik dan buruk sekaligus.
supaya kau dapat mengerti apa itu menghargai dan dihargai....
Ok. Bai bai.
mohon tidak terasa..
Assalamualaikum.. >.<